top of page

Muhyiddin amat bimbang dengan politik Kedah

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 21, 2016
  • 2 min read

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, Umno akan semakin kehilangan hormat rakyat serta menghadapi cabaran yang semakin getir jika pucuk pimpinan parti melayan tuntutan memecat Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Katanya, kebimbangan yang paling besar ialah perpecahan di dalam Umno akan bertambah ketara dan parti menjadi semakin lemah. Dalam kenyataan media, Timbalan Presiden Umno berkata, politk yang berlaku di Kedah amat membimbangkan.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin Umno bahagian Negeri Kedah yang mendesak Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Ketua Perhubungan Umno Negeri dan Menteri Besar adalah amat mendukacitakan.

"Mukhriz adalah seorang pemimpin Umno yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat. Malah, antara faktor kemenangan BN di negeri Kedah adalah ketokohan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis Umno sehinggakan Perdana Menteri sendiri sewaktu kempen PRU 13 menjanjikan Mukhriz sebagai MB Kedah sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu.

"Sebagai seorang MB yang baru mentadbir kerajaan negeri untuk tempoh yang singkat, beliau tentunya memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian untuk memimpin badan perhubungan negeri dan mentadbir kerajaan negeri dengan berkesan. Saya percaya, Mukhriz sepatutnya diberikan peluang untuk terus memimpin kerajaan negeri Kedah," kataya.

Muhyiddin berkata, Mukhriz adalah seorang Menteri Besar yang bersih, disenangi oleh rakyat dan tidak terpalit dengan sebarang tuduhan salah laku moral, pecah amanah dan rasuah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau.

Sekiranya, tambahnya desakan supaya Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar dan Ketua Perhubungan Umno Negeri Kedah dibuat atas kepentingan politik peribadi pihak-pihak tertentu, dan bukannya atas kepenti

ngan rakyat negeri Kedah, maka ini adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat negeri Kedah dan Umno yang sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat yang parah.

Katanya, beliau amat kesal dalam keadaan rakyat dan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang cukup getir serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan BN semakin terhakis, rakyat khususnya di negeri Kedah dibebankan lagi dengan krisis politik yang jelik dan memalukan.

Menurutnya, krisis yang melanda Umno Negeri Kedah mesti diselesaikan secara penuh hikmah dan berhemah dengan meletakkan kepentingan rakyat dan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Semalam Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah mengatakan pimpinan Umno negeri menolak kepimpinan Mukhriz dan mahu kepimpinan pusat bertindak segera.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page