Politik makin bercelaru, sengketa sama sendiri
- magedamuda
- Jan 21, 2016
- 1 min read

Bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz risau melihat bagaimana politik negara semakin bercelaru dengan persengketaan, berkelompok dan berpecah belah. Bekas menteri kabinet berkata, kini berlaku perpecahan dan sengketa sesama sendiri sehingga tidak percaya kapada pemimpin.
"Matlamatnya supaya orang itu dan ini dibuang, di lucutkan jawatan.Mengapa? Adakah semata-mata kerana tidak sebulu dan sama rakit dengan kita? Dan mereka ada pendapat-pendapat berbeza?" katanya dalam Facebooknya.
"Jangan kita terlalu sibuk dengan politik berkelompok sehingga orang Melayu dan Bumiputera hilang kepercayaan kepada parti."
Rafidah mengingatkan, usah "menilai" kepimpinan seseorang itu mengikut selera atau mengikut sesuatu "trend".
Seperti trend "orang kita " dan "bukan" orang kita," katanya.
Beliau menambah, tindakan boleh diambil secara objektif dan adil jika benar-benar melanggar perlembagaan dan peraturan parti.
"Bukan secara memilih dan dengan alasan yang subjektif dan akhirnya membawa pecah belah. Ini bukan masa mencari keretakan dan perpecahan.
"Bukan kerja kita membawa mudarat kepada parti," kata Rafidah.
Menurutnya, sambil kita bermatian menjatuhkan sesama sendiri dan menilai antara satu dengan lain, rakyat sdbagai pengundi yang akan menentukan kerajaan membuat penilaian. Beliau berkata, penilaian mereka jauh lebih penting dan untuk itu pentingkan apa yang rakyat mahu dan perkatakan.
"Janganlah mencontengkan arang di hidung sesama kita, memadailah antara kita yang menconteng arang," katanya lagi.
Comments