Soros ramal Kesatuan Eropah hancur kerana pelarian
- magedamuda
- Jan 21, 2016
- 1 min read
Bilionaire dunia, George Soros mengingatkan bahawa Kesatuan Eropah berada di ambang kehancuran dalam mengatasi krisis migran kerana jutaan pelarian datang ke wilayah itu pada 2015. Kaunselor Jerman, Angela Merkel adalah kunci untuk memecahkan krisis ini, katanya menurut laporan CNBC.
Merkel, kata Soros membuka Jerman untuk para pelarian dari Timur Tengah, khususnya Syria yang mencuba mencari rumah baru di Eropah. Meski demikian, Soros juga tidak menentang langkah Merkel kerana situasinya masih penuh kegugupan. Merkel sebelumnya juga sudah meramalkan potensi krisis akibat serbuan pelarian ke Kesatuan Eropah yang sudah menjadi kenyataan.

Kesatuan Eropah harus diperbaiki, ini fakta, namun masih belum substantif.
"Orang yang boleh menghentikan ramalan Merkel adalah rakyat Jerman sendiri. Sekarang masanya Jerman memutuskan apakah mereka bersedia menerima tanggung jawab tersebut sebagai pemegang kekuatan dominan di Eropah," kata Soros.
Menteri Kewangan Finland, Alex Stubb menambah keputusan Jerman yang membuka diri pada migran sangat kemanusian. Keputusan tersebut dinilainya tepat untuk dilakukan saat ini, namun dalam jangka panjang ini akan menjadi isu kunci, bahkan ancaman.
Stubb juga menggesa orang ramai tidak seharusnya menyamakan antara krisis pelarian dengan keganasan. Keganasan jauh lebih dalam dari itu.
"Apa yang perlu kita waspada adalah fahaman radikal. Apa ertinya? Ini bererti kita perlu memberikan orang-orang ini (para pelarian ) tempat, pekerjaan, bahkan memberi mereka harapan. Kita juga perlu mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat kita. Mereka juga perlu belajar bahasa kita," kata Stubb.
Comments