Ahmad Bashah Menteri Besar, Mukhriz Timbalan Menteri?
- magedamuda
- Jan 22, 2016
- 1 min read
Desas-desus mengatakan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akan digugurkan, lapor blog pro-Umno mykmu.net. Sebaliknya Timbalan Pengerusi Umno negeri, Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik Menteri Besar dan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri Perndustrian dan Perdagangan Antrabangsa (Miti).
Perdana Menteri Najib Razak jang juga Presiden Umno akan mengadakan pertemuan dengan perhubungan Umno dan wakil rakyat Kedah di PWTC petang ini.

"Ramai di kalangan ketua-ketua bahagian Umno Kedah yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama," kata blog itu.
Menurutnya, penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda Umno Kedah sekarang, apatah lagi jawatan Menteri Besar memang dikirakan setaraf dengan Timbalan Menteri.
Secara jelas, kata mykmu menunjukkan bahawa Najib tidak ada masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang hebat dikatakan. Kemelut ini sememangnya berlaku antara kepimpinan di Kedah dan Najib tidak terlibat sama sekali, tambahnya.
Tapi sebagai Presiden, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Apa pun keputusan sebenarnya petang ini, kata mykmu lagi.
Comments