top of page

Hari ini penentuan untuk Louis van Gaal

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 26, 2016
  • 1 min read

Hari ini (Selasa) mungkin menjadi penentuan nasib Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United. Menurut The Guardian, Van Gaal menawarkan pilihan berundur kepada pengurusan Manchester United pada Sabtu atau selepas kalah 0-1 kepada Southampton.

Pada perlawanan di Old Trafford itu, dia dicemuh oleh penyokong sendiri dan Van Gaal pun mengakui bahawa dirinya telah gagal memenuhi harapan penyokong.

"Saya sangat kecewa

kerana tidak dapat mencapai harapan para penyokong . Mereka memiliki harapan besar, tetapi saya tidak boleh memenuhinya. Saya sangat kecewa," ujar bekas pengurus nasional Belanda ini.

"Anda harus bermain bola sepak untuk menghibur para penggemar. Saya fikir kami tidak menghibur para penyokong, sehingga mereka sangat marah," ucapnya lagi.

Reaksi penyokong inilah yang dipercayai menjadi keinginan Van Gaal untuk berundur. Akan tetapi, Naib Pengerusi kelab, Ed Woodward meminta Van Gaal untuk tidak terburu-buru membuat keputusan.

Pengurus itu diberikan masa untuk terlebih dulu berbincang dengan keluarganya.

Hari Ahad lalu, Van Gaal terlihat di lapangan terbang Manchester dengan membawa beg untuk ke Belanda. Dilaporkan The Mirror, dia pulang ke tanah air untuk merayakan ulang tahun anak gadisnya sekaligus berbincang dengan keluarga mengenai masa depannya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page