MengapaTabung Haji lewat isytihar bonus?
- magedamuda
- Jan 26, 2016
- 1 min read
PAS bertanya adakah benar Bank Negara telah mengutuskan surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji pada tahun 2015? Nilai rizab Tahung Haji telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit, tanya Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS mendesak Perdana Menteri, Najib Razak, Bank Negara Zeti Aziz, Menteri Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim memberikan penjelasan.
"Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1) di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, Tabung Haji tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya.
"Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan Tabung Haji kepa

da risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim bertanya lagi, apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi Tabung Haji, menyarankan agar Tabung Haji merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?
Sekiranya semua di atas benar, apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus? Beliau menambah, sekiranya di atas benar , mengapa Tabung Haji masih melabur dengan membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange?
"Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi Tabung Haji. Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan Tabung Haji," tanya Tuan Ibrahim.
Katanya, sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi Tabung Haji dipecat dengan kadar serta-merta.
Comentários