PAS terburu-buru tolak Umno
- magedamuda
- Jan 6, 2016
- 1 min read
Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS untuk tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Umno sebagai keputusan terburu-buru dan merugikan usaha penyatuan umat di negara ini.
"Hari ini, sudah jelas kepada umat Melayu di negara ini bahawa PAS yang enggan bekerjasama dengan Umno, mereka terlalu orputunis dan hanya mementingkan agenda politik," tegasnya.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu menjelaskan, adalah amat mendukacitakan kerana PAS mengambil sikap menolak salam perpaduan yang dirintis oleh Umno menerusi keyataan terbuka Najib Razak.
Najib selaku Presiden Umno membuat kenyataan terbuka untuk bekerjasama dengan PAS demi kepentingan umat Islam semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Kata Syed Ali lagi, keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mengambil tindakan menolak salam perpaduan yang dihulurkan oleh Umno dilihat sebagai tindakan terburu-buru dan merugikan kearah penyatuan umat.
"Umno realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetepi malangnya PAS bertindak sebaliknya," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, keputusan Majlis Syura Ulamak PAS itu tidak mencerminkan prinsip asas parti itu yang kononnya berjuang atas landasan Islam..
Comentários