top of page

China bakal kuasai tahun 2016

  • Raden Jihad Akbar
  • Jan 2, 2016
  • 2 min read

Bukan Ketua Bank Pusat Amerika Syrikat (The Fed) Janet Yellen atau Gabernor Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Dragi tetapi adalah Presiden Republik Rakyat china, Xi Jinping.

Beliau dikatakan pemimpin China paling kuat sejak Mao Zedong, pengasas Republik Rakyat China. Xi telah menggoncang ekonomi dunia pada 2015, dan di 2016 dijangka segala apapun mengenai ekonomi China akan berpengaruh bagi ekonomi dunia.

Apalagi pada 2016, dengan China menjadi tuan rumah pertemuan negara-negara yang memiliki ekonomi besar G-20, Xi secara automatik menjadi presiden kelompok negara-negara yang berupaya mendorong stabiliti ekonomi.

Xi berdiplomasi dengan sangat bijak. CNBC, pada Rabu 30 Disember 2015, menyebut, Xi telah dianggap teman makan malam yang menyenangkan bagi keluarga kerajaan Inggeris, khususnya Ratu Elizabeth, ketika berkunjung ke negara itu beberapa waktu lalu. Begitu pula Presiden AS Barack Obama terpesona dengan kunjungan Xi ke Rumah Putih sebelum itu.

Xi juga mudah bergaul dengan para bos-bos perusahaan multinasional besar di dunia. Setiap kunjungan kerjanya ke negara lain, salah satu agenda penting yang wajib dilakukan adalah menemui para pengusaha besar. Tidak hairan untuk pertemuan G-20 tahun 2016 ini, dia memilih tema "Membangun ekonomi inovatif, menyegarkan dan saling berhubungannya antara kewangan dunia". Tema yang menandakan jelas bahawa China ingin lebih berperanan dalam ekonomi dunia pada 2016.

Meski pertumbuhan ekonomi China menurun di tahun 2015, dijangka IMF tidak tembus angka 7 peratus, namun sejumlah peristiwa terjadi. November 2015, mata wang China Renminbi resmi masuk Special Drawing Rights (SDRs), atau mata wang yang diakui Dana Kewangan Dunia (IMF), sebagai mata wang antarabangsa. Desember 2015, Zimbabwe, sebuah negara di Afrika, resmi menggunakan Renminbi sebagai mata wang negaranya.

Pada 2015, untuk pertama kalinya, China adalah rumah bagi empat perusahaan terbesar di dunia. The Forbes Global 2000, iaitu daftar lengkap perusahaan awam yang paling kuat di dunia, yang diukur dengan nilai komposit pendapatan, laba, aset dan nilainya pasar kewangan, menyatakan 232 dari 2,000 syarikat terbesar global berpusat di China. Pada 2015, syarikat-syarikat China dalam daftar ini meraup pendapatan US$4,6 triliun dengan total aset US$25 triliun, dan US$6 triliun nilai pasar.

E-Commerce raksasa Alibaba berada di urutan 269, setelah membuat IPO terbesar dalam sejarah di New York pada 2014. Pendatang baru terkenal lainnya termasuk hartanah Dalian Wanda, dijalankan oleh orang terkaya China Wang Jianlin dan Lens Technologies, yang ternyata pengasasnya Zhou Qunfei menjadi seorang wanita terkaya di dunia.

China telah menjadi raksasa baru. Segala macam barang yang ada di dunia telah dibuat di China. “Kami hampir di kapasiti maksima industri. Kami mengeluarkan hampir segalanya,” kata He Yafei, Naib Presiden Chinese Overseas Exchange Association, dalam sebuah perbincangan di Jakarta, Disember 2015.

Kerana itu, kata He Yafei, China harus melakukan pengembangan global. Kerana, “tidak ekonomis lagi membuat segala sesuatu di China,” kata bekas Timbalan Menteri Luar Negeri China itu dalam majlis yang diselenggarakan Foreign Policy Forum itu. Lebih efisien bagi China membangun kilang di negara lain daripada membangun di negerinya sendiri.

Sejak 2014, China telah menjadi negara pengeksport modal dalam bentuk pelaburanlebih dominan daripada eksport barang. Tahun 2016 nanti, dijangka,25 triliun dolar Amerika Syarikat modal China akan mengalir ke luar, kata He.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page