top of page

Rasuah dan penyelewengan mesti dilawan, kata aktivis PKR

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 4, 2016
  • 1 min read

Isu rasuah, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah urus tadbir baik oleh Barisan Nasional atau pihak lain harus ditegur dan dibongkarkan, kata aktivis Badrul Hisham Shahrin.

Aktivis PKR ini bekata, pendedahannya mengenai projek pintu gerbang di Selangor, pengampu mula membuat penafian termasuk ada yang mengatakan fitnah.

Namun beberapa hari selepas itu para pengampu yang menafikan terkedu apabila Menteri Besar Selangor sendiri mengakui wujud projek (facelift) tersebut dengan amaun yang dinyatakan.

"Cuma Menteri Besar Selangor melepaskan tangan dengan menyatakan tidak perlu dipertikai kerana ia diluluskan di dalam Sidang DUN Selangor dan syarikat yang menjalankan kerja mendapatkan projek melalui proses tender terbuka," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Azmin Ali yang begitu tertekan dan tidak mampu menjawab kemudian terus menyerang saya sebagai pencacai Umno.

Azmin tambahnya, tidak mampu berdepan isu ini maka satu kenyataan dikeluarkan oleh salah seorang Adun nya jelas tujuanya bagi menjelaskan dan membersihkan nama Menteri Besar. Namun kenyataan Haniza Talha itu terus mengheret isu ini ke satu bahagian yang lebih mengelirukan, dakwa Badrul.

"Kenyatan Haniza menyatakan projek ini diluluskan oleh Menteri Besar dahulu secara tidak langsung mengakui projek ini ada tidak kena dan ia diletakkan atas kepala Khalid Ibrahim demi membersihkan Azmin.

"Apa bezanya dengan cara Menteri Besar BN, ketika ada yang tidak kena maka dituduh ia kesalahan Menteri sebelumnya," katanya


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page