Benarkah Adun PKR terlibat bauksit?
- magedamuda
- Jan 5, 2016
- 1 min read
Orang mendakwa Adun Semambu Lee Chean Chung terbabit dengan perlombongan bauksit di Kuantan. Lebih menarik lagi ialah apabila mereka mendakw

a sebilangan lori-lori berkenaan turut diletakkan, diperbaiki dan dicuci di kawasan perumahan Adun tersebut di sebuah taman di Kuantan
Sedangkan Lee terlibat secara aktif menghantar memorandum atau tampil ke hadapan memperjuangkan rakyat yang terdedah kepada pencemaran di sepanjang laluan lori-lori bauksit tersebut ke Pelabuhan Kuantan.
Benarkah Adun PKR itu terbabit?
Seorang pemimpin PKR Pahang, Razali Alias berkata, Lee tidak terbabit dengan aktiviti perlombongon itu. Bagaimanapun, katanya ayah Lee mempunyai syarikat lori.
Ada yang mendakwa lori-lori itu dikatakan terlibat dalam pengangkutan bauksit-bauksit tersebut yang telah mencemarkan dan mengotorkan sepanjang laluan dan kawasan kediaman penduduk.
Menariknya, Lee Chean Chung merupakan Adun PKR yang paling lantang mengecam. Malah dia juga meminta agar kerajaan persekutuan campur tangan dalam isu ini.
Comentários