5 pemimpin Umno sokong Muhyiddin dikenakan tindakan
- magedamuda
- Feb 24, 2016
- 1 min read
Tidak sampai 24 jam, lima pemimpin tinggi Umno menyokong desakan supaya Muhyiddin Yassin dikenakan tindakan sama ada digantung atau dilucutkan jawatan Timbalan Presiden Umno.
Desakan itu dimulai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Nazri Aziz yang dilihat paling lantang mengkritik bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Lima pemimpin Umno

itu ialah Mohd Puad Zarkashi; Ahmad Shabery Cheek; Irmohizam Ibrahim; Idris Haron dan Ismail Sabri Yaakob.
Kelima-lima mereka adalah ahli MT Umno. Ahmad dan Ismail adalah menteri kabinet, Idris Ketua Menteri Melaka, Irmohizam Pengerusi Lkim dan Puad Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
Nazri sebelum ini dilaporkan membuat desakan kerana kegagalan Muhyiddin melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Puad mendakwa Muhyiddin sengaja mencetuskan provokasi untuk menjatuhkan Presiden, Najib Razak dan mensabotaj Umno.
Ismail bersetuju dengan cadangan melucutkan jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.
Ahmad Shabery berkata pandangan Nazri itu adalah ikhlas bertujuan melihat pemimpin Umno mempunyai disiplin.
Idris pula berkata kritikan berterusan Muhyiddin terhadap Najib bertentangan dengan apa yang diharapkan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno lalu.
Comments