top of page

Leicester City antara mimpi dan kejutan

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 3, 2016
  • 1 min read

Kejayaan Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini menjadi kejutan kerana ia bukan pasukan pilihan utama. Tumpuan lebih kepada gergasi seperti Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Leicester pernah berada di zon penyingkiran pada musim lalu sebelum bangkit dengan konsisten.

Soccerway mencatatkan kejayaan Leicester sebagaimana berikut.

1. Kali pertama menguasai puncak pada 21 November 2015 selepas mengalahkan Newcastle United 3-0. Sejak itu, Leicester tidak pernah terlempar dari posisi tiga atas.

2. Leicester hanya tiga kali kalah iaitu kepada Arsenal dua kali dan sekali lagi kepada Liverpool di Anfield.

3. Penyerang Jamier Vardy menjadi salah satu pemain kunci kejayaan Leicester. Dia menjaringan 22 gol dari 34 perlawanan. Dia pun memecahkan rekod Ruud van Nistelrooy dengan menjaringkan gol di 11 perlawanan berturut.

4. Ini kejayaan pertama kali sepanjang karier pengurus Claudio Ranieri menjuarai liga utama. Sebelum ini, dia hanya membawa pasukannya juara Serie C1, Serie B, Ligue 2, Coppa Itali dan Copa del Rey.

5. Leicester musim lalu nyaris jatuh liga. Namun mereka selamat dengan menduduki tangga 14 setelah meraih tujuh kemenangan di sembilan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page