Najib tumpang populariti Adenan Satem, dakwa Mukhriz.
- magedamuda
- May 4, 2016
- 1 min read

Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menumpang populariti Adenan Satem dan momentum Barisan Nasional di Sarawak untuk kepentingan dirinya.
Kalaupun BN menang di Sarawak, itu bukannya boleh diterjemahkan sebagai kemenangan bagi Najib, kata bekas Menteri Besar Kedah itu.
"BN Sarawak berbeza dengan BN Semenanjung," tambahnya dalam satu temubual semalam.
"Saya tidak nampak bahawa kemenangan BN di Sarawak itu adalah bukti bahawa sokongan rakyat terhadap Najib itu masih pada tahap yang tinggi".
Sebaliknya, kata Mukhriz kepimpinan BN Sarawak lebih tahu apa yang baik untuk membela nasib rakyat di Sarawak.
Anak bekas perdana menteri itu menambah, dilema orang Melayu dalam Umno ialah mereka sayangkan parti tetapi yang dapat nama Najib.
"Dia buat kerja untuk menangkan parti dan yang dapat nama ialah Najib. Walhal mereka ini pejuang-pejuang yang setia dan ikhlas kepada parti ini tidak menyokong Najib sebagai Presiden," katanya.
Mukhriz merujuk kepada ucapan Tun Mahathir Mohamad di Stargate Kedah baru -baruni yang masih bercakap tentang Umno walaupun sudah keluar parti.
Comments