top of page

Husam menitiskan air mata tanpa disedari

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 6, 2016
  • 1 min read

Husam menitiskan air mata tanpa disedari

Bekas Naib Presiden PAS Husam Musa yang telah berjuang selama 34 tahun di dalam PAS hari ini melahirkan rasa sedih sehingga menistiskan air mata apabila beliau dipecat daripada parti Islam itu.

"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari PAS pada hari ini.

"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam satu kenyataan.

Menyertai PAS pada tahun 1982, mengakui bahawa beliau juga seperti anak muda lain yang telah menyerahkan sepenuhnya jiwa dan raga pada apa yang difikirkan sebagai sebuah perjuangan yang suci, membawa membawa obor Islam menerangi kehidupan dan bernegara.

Dengan harapan membawa Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

"Namun, saya hanya insan kerdil. Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dengan di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yang sedang menanti," katanya lagi.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib PAS hari ini telah memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti .

Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah Adun Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.

Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page