top of page

Pecat ahli yang langgar disiplin perkara biasa, kata Hadi

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 7, 2016
  • 1 min read

Pecat ahli yang melanggar tatatertib dan disiplin parti itu adalah perkara biasa dan pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah kata beliau, sebelum ini juga pernah seorang ahli PAS dipecat berikutan menghadiri program yang dianjurkan oleh parti lawannya, Barisan Nasional (BN) melibatkan majlis tari-menari.

“Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti,” katanya pada ceramah di Dataran Jeli malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan parti itu memecat bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan parti itu.

Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas beliau iaitu memecatnya sebagai ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan.

Sebelum ini, Adun Salor itu didakwa lantang mengkritik mengkritik PAS secara terbuka berhubung isu hudud


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page