top of page

Rafizi ingatkan Najib supaya berhenti campur syarikat awam

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 9, 2016
  • 1 min read

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan Najib Razak supaya berhenti campur tangan di dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam.

Perdana Menteri juga perlulah mengeluarkan arahan kepada semua menteri supaya tidak mengeluarkan surat-surat arahan dan menghentikan segala campur tangan di dalam mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam.

"Saya kesal kerana seolah-olah Perdana Menteri masih belum belajar dari skandal 1MDB yang telah menjejaskan nama baik dan kedudukan kewangan negara kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awam," kata ahli parlimen Pandan itu.

Rafizi menuruk kepada tindakan Perdana Menteri mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.

Katanya, beliau mendapat satu salinan surat dari Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.

Surat tersebut mengarahkan MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

"Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan di luar mahkamah," kataya lagi.

Rafizi berkata, Rizuan adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Najib.

Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib Razak semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Awani.

MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65 peratus saham di dalam MBSB.

Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik, katanya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page