top of page

Zakir Naik tidak beri positif

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 11, 2016
  • 2 min read

Pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik adalah tokoh Islam yang kontroversi yang tidak memberikan imej positif Islam kepada bukan Islam sebagai agama persaudaraan antara bangsa, kata bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin.

Menerusi kepakaran perbandingan agamanya dia menyemaikan perasaan buruk sangka dalam masyarakat berbilang agama dan kaum, tambahnya.

"Dia adalah konspirator Ahmed Deedat (Allahyarham)pendakwah dari Afrika Selatan yang pernah dibawa oleh anasir-anasir Angkata Belia Islam Malaysia (Abim) untuk berdakwah di Malaysia dalam masa Anwar Ibrahim berpengarauh dan berada dalam kerajaan.

"Ahmed Deedat tidak disenangi oleh orang Islam di Africa Selatan sendiri,"katanya lagi.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam, bukanlah cara kita mengembangkan Islam di Malaysia dengan memperkecil dan menghina agama lain dengan apa cara sekalipun.

Beliau menyelar tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang mahu memberi tanah di Tasik Kenyir untuk membina pusat latihan dakwah.

Apakah pusat latihan dakwah kita mundur dan kurang berkesan? tanyanya.

Katanya, pemimpin-pemimpin baru Umno tidak menghayati prinsip beragama di negara ini yang diterapkan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan juga Abdul Razak yang diwarisi Hussein Onn dan Mahathir Mohamad.

"Kita sekarang mempunyai pemimpin-pemimpin negara yang sanggup menjual prinsip-prinsip dan identiti Islam Umno dan Melayu untuk menyerupai imej PAS yang jumud dan ketinggalan zaman dan mahu menyerupai pemimpin-pemimpin tarikat dalam cara mensandiwarakan peribadatan.

"Tidak heranlah jika pemimpin-pemimpin di bawah juga turut tersesat. Islam di Malaysia mendapat penghormatan dunia dan di kalangan penduduk bukan Islam di negara ini selama ini bukanlah dengan pendekatan memburukan dan memperkecilkan agama lain tetapi dengan mengembangkan sikap toleransi yang menunjukan tolak ansur dari segi sosio budaya untuk hidup bersama dengan orang lain.

"Sikap ini masih hidup subur di Sabah dan Sarawak tetapi sedang terkhakis dan dihakiskan di Semenanjung termasuk menerusi sesetengah ustaz-ustazah celebriti di program -progaram agama tv,"tambah beliau.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page