Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang digantung mengingatkan parti itu menegakkan agama dan memulihkan maruah mangsa.
Beliau berkata demkian sempena ulang tahun sambutan 70 tahun Umno.
"Saya mendoakan semoga Umno dan pemimpinnya kembali ke pangkuan perjuangan parti yang asal. Kembali merangkul nilai keMelayuan yang luhur dan prinsip Islam yang sejati.
"Tegakkan agama dan pulihkan maruah bangsa. Berjuanglah atas landasan kebenaran dan keadilan. Beranilah menentang kebatilan dan kemungkaran. Itulah idealisme dan semangat perjuangan Umno yang sebenar," katanya dalam Facebooknya.
Mudah-mudahan Allah sw.t. memberikan hidayah dan inayah-Nya kepada kita, tambah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Muhyiddin menerima anugerah tertinggi 'Plaque of the City of Sarajevo' daripada Datuk Bandar Sarajevo, beliau antara 11 penerima dari seluruh dunia.
Anugerah diberikan atas jasa dan sumbangan ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara Bosnia, terutamanya kepada Bandar Sarajevo.
Comments