Dr M dah tak konsisten, pendirian berubah setiap hari'
- Ahmad Fikri
- May 19, 2016
- 1 min read

Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein berkata pendirian bekas Perdana Menteri yang kini berusia 91 tahun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak konsisten dan berubah setiap hari. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mahathir yang mengatakan bahawa pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak dapat bersatu dalam setiap pilihan raya.
"Dua hari lepas dia kata BN akan kalah, semalam dia kata pembangkang pula akan kalah. Mahathir sudah tidak konsisten.
"Walau apa pun yang penting jentera kita perlu bergerak dan calon BN dapat menang dan dapat diterima oleh rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar," ujarnya.
Semalam Mahathir berkata, pembangkang akan sentiasa kalah dalam pilihan raya jika tidak dapat bersatu.
Katanya, pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.
"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," beliau dipetik sebagai berkata oleh BH Online di Alor Setar.
コメント