top of page

Mahfuz ingatkan Bashah jangan salahkan anak muda Kedah

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 24, 2016
  • 2 min read

Mahfuz Omar menyelar Ahmad Bashah Md Hanipah kerana masih menyalahkan anak muda dalam krisis pertukaran Menteri Besar tiga bulan lalu.

Meski sudah 100 hari menjadi Menteri Besar, Ahmad Bashah masih menuduh anak-anak muda yang tidak faham, kata ahli parlimen PAS Pokok Sena itu.

"Sangat menyedih dan memilukan apabila beliau masih menyalahkan yang anak muda kononnya tak faham tentang perubahan politik yang berlaku di Kedah.

"MB (Ahmad) Bashah cuba meletakkan yang anak muda masih memandang serong dan marah kepadanya ekoran krisis pertukaran MB Kedah kerana tak faham keperluan perubahan politik,"katanya dalam kenyataan.

Mahfuz yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah mengingatkan Ahmad Bashah jangan anggap anak muda Kedah bangang dan tidak berpelajaran sehingga tidak tahu apa yang berlaku dan tidak faham politik.

Anak muda Kedah, katanya mahukan perubahan politik yang telus bukannya perubahan kerana percaturan jahat untuk memenuhi impian PutraJaya yang berdepan dengan krisis politik akibat *skandal negara dan sindiket penipuan 1 MDB*.

Beliau menambah, Ahmad Bashah hanya jadi MB untuk kepentingan politik Najib dan Umno bukan untuk kepentingan rakyat Kedah.

"Alasan penyingkiran Mukhriz (Mahathir) kononnya beliau tak buat sesuatu untuk Umno Kedah.

Mukhriz dituduh tak jaga Umno. Anak muda tak nak MB yang yang jaga kepentingan politik Najib dan Umno yang dah busuk sampai ke usus,tapi anak muda nak MB yang jaga negeri dan rakyat,"tambahnya.

Mahfuz berkata, anak muda melihat yang patut disingkir ialah Najib dari jawatan Perdana Menteri Malaysia bukannya Mukhriz sebagai MB Kedah.

Anak muda melihat kesalahan Najib yang membawa mudarat besar pada negara dan rakyat bukanya Mukhriz.

Katanya, Ahmad Bashah jangan salahkan anak muda dengan menuduh mereka tidak faham.

"(Ahmad) Bashah Jangan merendahkan tahap keupayaan intelek anak muda Kedah. Bashah dan pimpinan Umno Kedah jangan menghina anak muda Kedah yang bertindak menolak kepimpinan Bashah dengan akal budi yang tinggi,"katanya.

Mereka tahu apa yang mereka lakukan untuk negeri Kedah, tambah Mahfuz.

Kira-kira tiga bulan lalu, Mukhriz digugurkan jawatan Menteri Besar Kedah dan digantikan dengan Ahmad Bashah setelah anak Dr Mahathir Mohamad itu tidak mendapat sokongan dari Adun BN Kedah.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page