top of page

Amanah tidak percaya Azmin ugut PAS

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 25, 2016
  • 1 min read

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak percaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengugut PAS dalam isu pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, belau lebih mempercayai PAS yang mengugut Azmin.

Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh pelbagai pihak, kata Khalid.

Katanya, adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar.

"Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa dan sudah mereka akan bertindak balas.

Media melaporkan Azmin akan menggurkan tiga Exco PAS dalam kerajaan Negeri Selangor jika PAS bertanding di Parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun, Azmin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page