Rafizi yakin semangat reformasi masih segar dalam PKR
magedamuda
May 26, 2016
1 min read
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin semangat dan matlamat reformasi masih segar dan semakin kukuh di dalam PKR.
Katanya, dulu diuji dengan susah payah dan tekanan untuk menilai kecekalan, kini diuji dengan harta dan kuasa untuk menilai keikhlasan.
Dalam pada itu, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan SPRM mengenai aduan salah laku pada hari Isnin depan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
“Kepada semua termasuklah rakan-rakan Umno/BN yang seperti kadok naik junjung mendesak saya membuat laporan SPRM sedang mereka menikus mengenai 1MDB dan pelbagai skandal lain bahawa saya akan membuat laporan SPRM mengenai aduan salah laku pada hari Isnin depan, " katanya.
Laporan itu mengenai dakwaan meminta habuan wang dan perempuan dalam urusan membabitkan kerajaan Selangor.
"Saya khuatir apabila ada segelintir di dalam parti yang membicarakan soal kewajaran bercakap mengenai aduan salah laku di dalam parti; bicara itu lebih rancak dari bicara keperluan memastikan tidak ada kelemahan yang menyebabkan salah laku berlaku.
"Saya khuatir apabila segelintir rakyat mengeluh mengenai kemahuan mereka agar pembangkang nampak bersatu agar lebih diyakini berbanding Barisan Nasional; keluhan itu lebih kuat dari desakan mereka agar kerajaan-kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih ke depan membawa tata kelola dan urus tadbir yang lebih telus dan berkesan," katanya dalam kenyataannya hari ini.
コメント