Madrid raja kota bola Eropah
- magedamuda
- May 30, 2016
- 1 min read

Kota Madrid layak disebut sebagai raja kota bola sepak Eropah selepas menyusul kemenangan Real Madrid merangkul juara ke-11 Liga Juara-juara.
Pasukan dari Madrid kini sudah mengumpulkan 16 gelaran juara di semua petandingan Eropah (Piala Eropah/Liga Juara-juara, Piala Uefa/Liga Eropa, Piala Winners). Real Madrid menyumbang 13 juara dan Atletico dengan tiga gelaran.
Kota Milan yang sebelum ini sama dengan Madrid kini tertinggal satu gelaran. Kota Milan mengumpul 15 trofi juara masing-masing sembilan diraih AC Milan dan enam oleh Inter Milan.
Pasukan Kota Madrid sendiri sudah 26 kali tampil di final kejohanan Eropah. Real sudah 18 kali muncul dalam pertandingan akhir dan Atletico lapan kali. Pasukan Kota Milan hadir 23 kali di final (Milan 14 kali dan Inter sembilan kali).
Kota London bermain dalam 20 kali final. Ada lima pasukan asal London yang pernah tampil, iaitu Chelsea (lapan), Arsenal (lima), Tottenham Hotspur (empat), West Ham United (dua), dan Fulham (satu).
Madrid juga layak disebut sebagai raja kota Liga Juara-juara kerana mengumpul 11 gelaran juara, Real Madrid. Madrid juga 17 kali tampil di final (Real Madrid 14, Atletico tiga).
Comments