top of page

IS mahu serang pasukan England, Russia

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • May 31, 2016
  • 1 min read

Pasukan nasional England dan Russia dilaporkan menjadi ancaman serangan kelompok militan Negara Islam Iraq dan Syria (IS), lapor The Sun.

Laporan itu berdasarkan foto-foto yang ditemui dalam komputer tertuduh pengebom Paris, Salah Abdeslam. IS diyakini akan menggunakan senjata kimia, bom bunuh diri dan penembakan.

“Sebahagian besar maklumat tersebut terkandung dalam surat wasiat Abdeslam yang menetapkan sebuah serangan membunuh,” ujar sumber keselamatan Belgium kepada The Sun, sebagaimana disiarkan Russia Today.

Maklumat tersebut semakin menguatkan keyakinan pihak berkuasa Perancis bahawa sasaran utama serangan adalah penyokong England di Old Port, Marseille.

“Rancangan sedang disusun untuk menyerang Englands dan Russia sebelum pertandingan. Peminat England dan Russia jelas sebagai sasaran kerana kedua negara mengebom IS di Iraq dan Syria,” kata sumber tersebut.

Peminat bola sepak juga berpotensi menjadi sasaran dalam penembakan membabi buta di bar dan tempat hiburan di kota tersebut. Ketua keselamatan England takut IS menyerang peminat ketika minum di bar.

“Bar akan penuh dengan peminat yang gembira dan mabuk. Mereka akan menjadi sasaran. Kami terus berhubung dengan Perancis untuk memastikan keselamatan mereka,” kata sumber tersebut.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page