top of page

Husam rayu pemecatannya dibatalkan

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 1, 2016
  • 1 min read

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa merayu pemecatannya dibatalkan ditarik balik. Katanya, tidak ada arahan dan perintah parti dan Jawatankuasa Disiplin gagal menunjukkan mana perintah parti yang telah dilanggari.

Bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu mendakwa, beliau tidak ada mana-mana kewajipan yang ditugaskan oleh parti yang dilanggari dan Jawatankuasa Disiplin gagal menunjukkan mana kewajipan parti yang dilanggarinya.

"Tidak ada mana-mana rahsia parti yang merugikan parti yang saya gagal menjaganya. Rahsia yang sudah diketahui umum yang boleh merosakkan parti tidak boleh disabitkan ke atas saya kerana peruntukan agama Islam membenarkan teguran dibuat ke atas pelanggaran amanah perjuangan.

"Setakat ingatan saya, saya tidak gagal mengamalkan akhlak Islam bahkan saya telah menjadi mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang di kalangan segelintir pimpinan PAS, termasuk Yang Arif Pengerusi Jkuasa Disiplin sendiri yang telah menganiayai saya dengan tuduhan bersifat fitnah menjelang Muktamar PAS yang lalu.

"Saya juga tidak gagal mengawal diri dari melakukan tindakan yang menyalahi dan merugikan parti. Melainkan tindakan saya adalah sebagai respon terhadap tindakan, ucapan dan gerakan yang akhir-akhir ini dilakukan oleh segelintir pemimpin Parti yang menyalahi dan merugikan parti,

"Saya sama sekali tidak ingkar kepada Perlembagaan Parti dan aturan dan peraturannya. Bah kan, tindakan saya adalah berdasarkan Perlembagaan Parti Fasal 3, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7 dan Fasal 14,"katanya dalam surat panjang lebar kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Husam berkata, pertuduhan yang dikenakan adalah sangat dangkal dan tidak menepati prinsip penyiasatan yang kemas.

Katanya, beliau juga tidak diberikan keadilan penghakiman dan perbicaraan seperti mana yang dituntut oleh Islam.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page