Messi mengaku tidak bersalah elak cukai
- magedamuda
- Jun 3, 2016
- 1 min read

Bintang Barcelona, Lionel Messi mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan mengelakkan cukai. Katanya, beliau tidak tahu kes tersebut sebaliknya menegaskan hanya tahu bermain bola sepak.
Messi dan ayahnya, Jorge, dituduh mengelakkan cukai 4.1 juta Euro pada tempoh 2007 hingga 2009. Proses undang-undang sebenarnya sudah dimulakan sejak Isnin, tetapi Messi baru boleh hadir ke mahkamah pada semalam.
Kedatangan Messi menarik perhatan ramai.
“Saya tidak pernah bertanya kepada ayah mengenai hal-hal seperti ini. Seperti yang sudah saya katakan, saya percaya dia dan para penguam. Saya tidak tahu apa-apa, saya hanya bermain bola sepak,” kata Messi seperti dilaporkan Soccerway.
Messi juga diminta memberikan keterangan mengenai sebuah syarikat bernama Jebril, syarikat di Uruguay yang menangani segala hak dirinya.
“Saya tidak tahu bahawa saya adalah anggota dan pengurus syarikat itu. Saya menandatangani kerana disuruh ayah. Saya mempercayai dia dan para penguam” tambahnya.
Comments