top of page

Rosmah sudah mengaku tapi Rafizi tanya soalan lagi

  • MM
  • Jun 10, 2016
  • 1 min read

Selepas mendedahkan Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE untuk menerima satu anguerah di Turki, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertanyakan beberapa soalan kepada isteri Perdana Menteri yang juga wanita nombor satu negara.

Anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut.

Beliau juga memaparkan rakaman video Rosmah menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut. Daripada video ini, beliau lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Rosmah dan Najib seperti berikut:

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut? 2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar? 3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah? 4. Siapa pemilik beg-beg besar ini? 5. Apa kandungan beg-beg besar ini? 6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

Menurut Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan, beliau telah menanyakan beberapa profesional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan.

"Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.

"Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?" tanyanya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page