Dr M: Saya bebas sertai mana-mana gerakan jatuhkan Najib
- magedamuda
- Jun 14, 2016
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bebas menyertai mana-mana gerakan untuk menjatuhkan Najib Razak.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia beliau menyertai Gerakan Rakyat untuk menumpaskan Najib.
Beliau menambah, jika ada Lim Kit Siang dalam gerakan ini kerana beliau juga rakyat Malaysia.
"Hanya dalam usaha dan niat singkirkan Najib, kita setuju (beliau menyertainya)," kata Mahathir. Bagaimanapun, bekas Presiden Umno itu berkata, mungkin tegurannya tidak disokong oleh ahli Umno kerana tidak menyertai mana-mana parti.
"Sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak menerimanya lagi," tambahnya.
Beliau mengulangi bahawa ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana satu pentas Kit Siang, musuh ketat Umno.
Bagaimanapun, katanya belau tidak akan bersama pemimpin veteran DAP kekal sebagai Umno yang ditubuh pada 1946.
Katanya, Umno di bawah Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar tetapi juga tidak boleh ditegur.
"Kalau sesiapa menegur ia dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin Umno selain digantung jawatan serta tidak ada peluang diberi pertahan diri," katanya lagi.
Berikutan itu, kata Mahathir mereka tidak berani bersuara dan menyokongnya.
Comments