top of page

Tuan Ibrahim: Dari mana duit nak bayar saman 1MDB?

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 15, 2016
  • 1 min read

Dari manakah duit yang bakal dikorek oleh Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM26 bilion sekiranya IPIC berjaya dalam tuntutannya sedangkan lebihan tunai 1MDB hanya ada di sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang?

Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka dinaikkan selepas Hari Raya?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebimbangan tersebut setelah 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbankan menghadapi tuntutan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion (RM26 bilion).

Tindakan IPIC menunjukkan rundingan antara ia dengan 1MDB telah menemui jalan buntu, tambah beliau.

Pada April yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dilaporkan sebagai berkata 1MDB telah melangsaikan semua hutangnya.

Arul Kanda juga berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim menggesa para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menolak Umno-BN secara total dengan mengundi PAS.

Katanya, PAS menjadi musuh politik tradisi Umno lebih 100 kerusi (DUN dan parlimen) di Semenanjung untuk berdekad lamanya.

"Pertembungan PAS dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun PAS," tambah beliau.


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page