top of page

Kenapa ustaz PAS membisu?

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 16, 2016
  • 1 min read

SUNGAI BESAR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan pendirian pimpinan tertinggi PAS berhubung isu nasional melibatkan skandal kewangan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB.

Ini ekoran tindakan berbaik-baik yang ditonjolkan PAS terhadap Umno-BN sehinggakan parti tersebut enggan menyerang Umno-BN berhubung hutang berbilion ringgit 1MDB yang didakwa Husam bakal ditanggung rakyat Malaysia.

Walaupun segala bukti penyelewengan telah didedahkan penyiasat antarabangsa yang kini sudahpun disusuli dengan pendakwaan, PAS dilihat masih terus membisu, dakwa Husam.

“Jho Low beli arak dan mandikan Paris Hilton (dengan arak). Apa hukumnya ustaz? Ambil duit rakyat malaysia. Hutang (1MDB) rakyat yang kena bayar.

“Mufti kita di mana? Mana ustaz-ustaz kita?” soalnya dalam siri ceramah Pakatan Harapan di sini, semalam.

Beliau menjelaskan, 1MDB yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa telah membayar Jho Low dalam beberapa siri transaksi rumit yang sengaja dilakukan sedemikian bagi tujuan untuk mengelirukan rakyat.

Atas alasan itu, beliau menggesa supaya pengundi di kedua-dua kawasan yang dipertandingkan, iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya menolak calon yang ditawarkan oleh PAS dan Umno-BN, sekaligus menghantar mesej yang jelas penolakan rakyat terhadap kepimpinan Najib. lapor Roketkini.com


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page