top of page

SAMM cabar Zahid dedah badan yang terima derma RM12 juta

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 17, 2016
  • 2 min read

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama badan Filipina yang menerima sumbangan RM12 juta dari Malaysia.

"Beliau perlu menunjukkan bukti transaksi penyaluran wang tersebut kepada akaun badan yang sah dan berdaftar di Filipina,"kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak membayar wang tebusan untuk rakyat Malaysia yang diculik pengganas Abu Sayyaf.

Sebaliknya wang tersebut disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam yang tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas atau penjenayah,

"Zahid tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika mahu memberikan sumbangan kepada badan tertentu, mengapa kerajaan tidak mencari jalan untuk mengumpulkan dana untuk tujuan sumbangan tersebut?" katanya lagi.

Secara sinis, Badrul yang dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Zahid juga boleh menjualkan koleksi kereta peribadinya bagi mencukupkan jumlah RM 12 juta yang ingin diberikan kepada badan tersebut.

Paling tidak pun, kerajaan sepatutnya menggunakan sedikit derma yang diberikan oleh Kerabat DiRaja Saudi untuk tujuan ini, katanya.

Sebaliknya keluarga mangsa terpaksa berhempas pulas mengutip derma sehingga sejauh negara China dan terpaksa menjual rumah untuk mengumpul wang RM 12 juta seperti yang dipinta.

"SAMM berpandangan Zahid tidak perlu mengeluarkan apa-apa komen yang langsung tidak menambah baik keadaan,"katanya lagi.

Chegu Bard berkata, setiap komen-komen yang lucu sebegini hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat semata-mata.

Sebaliknya Zahid sepatutnya memberikan tumpuan bagi menghentikan sepenuhnya kegiatan penculikan di perairan Sabah.

Katanya, insiden demi insiden penculikan yang berlaku hanyalah semakin menyerlah kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam menjaga keselamatan sempadan negara.

"Zahid dan Hishammuddin (Hussein) adalah dua enteri yang gagal dalam perkara ini, "tambah Chegu Bard.

Sebaliknya keluarga mangsa culik mendakwa mereka memberi wang RM12 juta kepada polis untuk menguruskan pembebasan tahanan.

Keluarga mengsa mendakwa wang derma sebanyak RM12 juta terdiri daripada pajakan dua rumah keluarga mangsa berjumlah RM1 juta, sumbangan orang ramai sebanyak RM9 juta dan RM2 juta lagi daripada syarikat perkapalan empat tebusan itu.

Empat mangsa yang diculik ialah Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21 dan Wong Hung Sing, 34.

Mereka diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu sebelum dibebaskan pada 8 Jun lalu.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page