top of page

SPRM nafi akan tahan lagi wakil rakyat Selangor

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 18, 2016
  • 1 min read

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pihaknya membuat siasatan dan penahanan terhadap salah seorang wakil rakyat wanita di negeri itu.

Mengesahkan ia hanya khabar angin, Pengarah Siasatan SPRM, Azam Baki hari ini berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat berkenaan seperti dakwaan yang ditulis dan disebar menerusi laman sosial Facebook sejak semalam.

“Untuk pengetahuan semua, kami tidak menyiasat kes dia berkaitan hal yang dikeluarkan di Facebook.

“Ini hanya khabar angin,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Semalam, satu akaun Facebook telah mengeluarkan dakwaan SPRM bakal menyiasat dan menahan wakil rakyat yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.

Facebook tersebut juga turut mendedahkan beberapa kereta mewah yang didakwa aset milik wakil rakyat wanita itu, lapor akhbar itu lagi.

Baru-baru ini SPRM menahan bekas ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam berhubung dakwaan rasuah.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page