top of page

Azmin: Pembangkang kalah bukan luar biasa

  • Bernama
  • Jun 20, 2016
  • 1 min read

SHAH ALAM: Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan perkara luar biasa bagi parti pembangkang, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kami pernah tewas dan bangkit semula, tetapi yang penting perlu muhasabah diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau mengulas keputusan dua PRK iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional menang besar bagi mengekalkan kedua-dua kerusi itu.

Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Di Kuala Kangsar, calon BN Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.


 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page