top of page

Chile pertahankan Copa America, kalahkan Argentina lagi

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 27, 2016
  • 1 min read

NEW JERSEY: Argentina mengulangi kekalahan dalam Copa America, sekali lagi kepada Chile seperti tahun lalu. Argentina tewas 2-4 melalui sepakan penalti di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, AS.

Tahun lalu Chile juga mengalahkan Argentina melalui penalti.

Perlawanan kali ini sangat keras dan dua kad merah sudah diberikan Heber Lopes. Satu kepada Marcelo Diaz (Chile) pada minit ke-28 setelah menerima kad kuning kedua akibat mengasari Lionel Messi. Satu lagi diberikan kepada bek Argentina Marcos Rojo pada minit ke-42 kerana melanggar pemain Chile Arturo Vidal.

Setelah 90 minit berlalu, belum ada gol tercipta. tambahan 30 minit juga tiada sebarang gol. Sepakan pertama Arturo Vidal gagal menjaringkan gol setelah ditepis oleh penjaga gol Argentina Sergio Romero.

Tapi Lionel Messi juga gagal membawa keunggulan Argentina kerana sepakannya melambung. Nicolas Catillo, Charles Aranguiz dan Jean Beausejour menjaringkan gol untuk Chile. Javier Mascherano dan Sergio Aguero juga menjaringkan gol, tapi pejaga gol Chile Claudio Bravo berhasil menghalang tendangan Lucas Biglia.

Chile pun akhirnya memastikan gelarn setelah tendangan Francisco Silva yang diarahkan ke kiri gagal dihadang Romero.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page